Jum layan bab 17. Bg yg blm bc lg. Semoga terhibur. Jgn lupa tinggalkan komen anda.
DAMIA menahan
sabar melayan kerenah
Darwisy. Sudah kerap
Darwisy berbohong dengannya
kebelakangan ini. Kata
hendak melawat tapak
projek, sebaliknya sibuk
berkepit dengan isteri
kedua. Dan dia
pun bodoh juga!
Kenapalah dia tidak
menyemakkan sahaja dirinya
bersama Darwisy dan
Nurul Nadira? Biar
padan muka lelaki
itu!
Pernah
dia menanyakan ke
mana Darwisy pergi.
Tetapi lelaki itu
hanya menjawab...
“Sayang
kan PA abang!
Sayang tentu tahu
semua perjalanan aktiviti
harian abang.” Itu
kata Darwisy. Andai
suaminya itu berbohong,
mana dia tahu.
Selepas menunaikan
solat Zohor, Damia mengambil keputusan
untuk makan tengah
hari. Perutnya sudah
berkeroncong. Hari ini
dia perlu makan
sendirian lagi. Tangan Damia
menolak pintu kaca
restoran berhawa dingin
itu. Hati Damia
menggelegak tatkala terpandang
wajah ceria yang
sedang menikmati makanan
tengah hari di
situ. Dasar lelaki
pembohong! Kata sibuk
di Balakong? Sungguh!
Damia tidak sanggup
menonton aksi pasangan
itu. Jelas terpancar
ke bahagiaan di
wajah suami isteri
itu sebentar tadi. Hatinya benar-benar
terluka. Lantas Damia
mengambil keputusan meninggalkan
restoran itu.
Ini bukan pertama kali dia tertangkap
Darwisy bersama Nurul
Nadira. Berkali-kali! Minggu
lepas di lobi
syarikat. Beberapa hari
yang lalu di
tempat letak kereta.
Dan pernah juga
dia bertembung dengan
mereka ketika mereka
menikmati makan tengah
hari. Bila terpandang
akan wajahnya, Darwisy
boleh tersenyum ceria
sambil mengangkat tangannya.
Mana hatinya tak
baran! Madunya pun
sama juga. Sudahlah
ambik suami
orang tapi berlagak
nak mampus. Damia
merasakan dirinya terabai.
Dia isteri pertama
dan PA Darwisy,
sepatutnya dia mendapat
lebih banyak keistimewaan.
Nurul Nadira tu
siapa? Hanya perampas!
Adakah mereka
benar-benar bahagia? Tetapi
Darwisy juga bahagia
bila di samping
aku dan anak-anak.
Malahan dia melayan
aku begitu istimewa
sekali. Apakah orang
yang berkahwin dua
ini begitu pandai
membeli jiwa dan
hati pasangannya? Dasar
lelaki gatal! Gumam
Damia lagi. Tak cukup
dengan satu perempuan!
Hati Damia mendongkol
marah.
Damia mengambil
keputusan untuk pulang
ke rumah sahaja.
Hatinya benar-benar sakit. Ikut
hatinya yang marah,
tidak ingin dia
mengikuti Hari Keluarga
yang dianjurkan oleh
syarikat TDF di Cherating. Tapi
apa pula kata
ayah mentuanya jika
ada pekerja yang
enggan memberi kerjasama.
Sudahlah ayah mentuanya
tahu siapa dirinya.
Malu dirinya nanti.
Tetapi sanggupkah
dia melihat kemesraan
antara Darwisy dan Nurul Nadira
semasa di sana? Dia tidak
mampu berlakon seolah-olah
tiada apa-apa hubungan
antara dia dan
Darwisy. Buntu Damia
memikirkan masalah yang
membelenggu hidupnya.
Terperanjat Damia
melihat Darwisy sudah
berada di rumah.
Macam mana lelaki
itu boleh sampai
terlebih dulu berbanding
dirinya? Mana kereta
dia? Oh... bini
kedua dia bawa
agaknya. “Awal awak
balik hari ni?
Dah siap projek
di Balakong?” tanya
Damia sinis.
“Aiks... lain
macam aje nada
suara tu! Nak
ajak perang ke?”
tanya Darwisy dalam
nada yang sinis
juga. Sudahlah hatinya
panas.
“Saya tanya
aje! Manalah tahu
awak melencong ke
lain,” perli Damia.
Bahang kemarahannya masih
belum reda lagi. “Kereta
awak
mana? Isteri awak
yang nombor dua
bawa balik? Berani
awak ajak dia
datang ke mari?
Apa? Selama ini
awak tak puas
berkepit dengan dia
lagi ke hingga
perlu bawa dia
datang sampai ke
sini?” Damia menghamburkan
apa yang terpendam
di hatinya selama
ini.
Dia tahu
ke aku keluar
dengan Natilia? Tapi...
tapi... bila masa pulak aku kahwin
dengan Natilia ni?
Jangan-jangan Natilia tahu
aku dah kahwin,
kemudian dia mengaku
kat Damia, dia
isteri kedua aku.
Jika itu yang
berlaku, memang nak
mampus perempuan bernama
Natilia ini!
“Yang sayang
merepek... meraban... ni
kenapa? Bila masa
abang kahwin lagi?
Nak jaga sayang
sorang pun tak
larat, inikan nak
tambah cawangan lain!”
marah Darwisy.
“Awak memang
dasar pembohong kan?
Awak ingat saya
tak tahu awak
selalu berkepit dengan
perempuan tu dan
kerap makan tengah
hari bersama,” tengking
Damia. Tahap kesabarannya
sudah berkurangan.
“Memang saya
selalu makan dengan
dia tapi kami
tak ada apa-apa
hubungan. Kami hanya
bisnes partner, itu sahaja,” jawab Darwisy
tegas.
Hati Darwisy
dilanda kebimbangan. Macam
mana Damia boleh
tahu dia selalu
makan tengah hari bersama Natilia?
Tak akanlah Damia
intip dia sampai
ke tapak projek!
Masalahnya dia bukan
makan berdua sahaja
tapi beramai-ramai. Jangan-jangan
Natilia sudah buat
cerita bodoh! Gara-gara
perempuan gila itu
juga dia terpaksa
balik menaiki teksi.
Keretanya dibiarkan sahaja
tersadai di tapak
projek. Tidak hingin dia menghantar
Natilia pulang ke
pejabatnya sedangkan di
tapak projek itu
terdapat pekerja-pekerja Natilia
dan boleh menghantarnya
pulang.
Andai Darwisy
tahu bakal terjadi
perang mulut antara
dia dan Damia,
sanggup dia mengusung
isterinya ke tapak
projek. Sebelum ini
dia bimbangkan keselamatan
isterinya. Maklumlah orang
sayang bini! Cemburu
dekat Benjamin Asyraf,
satu hal! Punyalah
ramai perempuan bujang
di luar sana,
isterinya juga yang
cuba diayat oleh
lelaki itu. Takpe!
Selepas ini akan
kubawa ke mana
kupergi. Lantaklah sama
ada kulit Damia
hendak bertukar gelap
atau hitam legam,
asalkan isterinya tidak
cemburu melulu! Perihal
Benjamin Asyraf... tahulah bagaimana dia hendak
beri pelajaran kepada
lelaki itu, bisik
hati Darwisy.
“Huh... awak
ingat saya akan
percaya kata-kata awak
tu?” tempelak Damia
berang.
“Nomi... kemas
kain baju awak
dan anak-anak saya
sekarang!” jerit Damia lantang.
Terkocoh-kocoh
pengasuh anaknya masuk
ke bilik Fareez
dan Farisya.
“Sayang nak
pergi mana bawa
anak-anak abang? Abang
tak izinkan!”
“Ada saya
kisah?” tanya Damia
sinis.
“Awak jangan
berani melangkah keluar.
Selangkah awak keluar
dari pintu itu
akan... akan...” Jatuh
longkang.... bisik hati
kecil Darwisy. Tidak
berani dia hendak
suarakannya. Bimbang Damia
mengamuk.
Darwisy segera
beristighfar bila sedar
dia terlalu mengikut
perasaan amarahnya. Mana
mungkin dia mendoakan
sesuatu yang tidak
elok buat isteri
kesayangannya itu. Tarik
balik... tarik balik!!!
Nanti tak cantik
isteri aku sekiranya
luka sana... sini...
“Akan apa?
Akan jatuh talak?
Itu yang cuba
awak maksudkan, kan?”
tukas Damia berang.
“Hei... saya langsung
tak heranlah! Selama inipun
saya hidup dan
besarkan anak-anak saya
seorang diri.”
“Hisy...
mana ada saya
cakap jatuh talak!
Daripada jatuh talak
lebih baik saya
cakap kahwin lagi
satu. Kalau di
sini merajuk... saya
balik ke rumah
isteri muda,” gurau
Darwisy.
“Awak... awak...
memang dah melampau!!!”
marah Damia. Mukanya
juga sudah masam.
“Berapa banyak awak
nak kahwin? Tak
cukup-cukup dengan isteri
yang dah ada
sekarang?” tempelak Damia.
Hangat sungguh hatinya.
Banyak cakap pulak dia
ni, gumam Darwisy.
“Nomi... awak jaga
anak-anak saya sekejap.
Saya ada urusan
dengan cik puan
besar awak ni.”
pantas Darwisy mendukung
Damia. Sakit belakang
badannya akibat dipukul
oleh Damia langsung
tidak dihiraukannya. Setiba
di bilik, Darwisy
menurunkan Damia dan
mengunci pintu bilik.
Semput juga dia
mendukung Damia.
Alamak... dia
nak buat apa
kat aku sampai
kunci pintu ni?
Ya ALLAH selamatkanlah
aku dan lindungilah
aku.
“Berat juga
awak ni ya?
Ini mesti berat
dosa sebab suka
melawan suami,” ujar
Darwisy bersahaja tanpa
rasa bersalah.
Mencerlang mata
Damia memandang Darwisy.
Mulut dia ni
suka cakap lepas.
“Ada saya suruh
awak dukung saya?
Tak ada kan???”
soal Damia kasar.
“Mana awak tahu
berat dosa? Kalau
awak nak tahu...
saya ni berat
dengan pahala sebab
tu sukar untuk
awak mengangkatnya,” senda
Damia.
“Setahu saya...
jika orang mati
bila kita pikul
keranda dia dan
terasa ringan, itu tandanya dia
banyak pahala. Tapi
kalau terasa berat,
itu tandanya orang
itu banyak melakukan
dosa. Jadi awak
fikirlah mana satu
yang wajar dan
sesuai untuk awak.
Melihat perangai awak
yang tidak menghormati
dan mentaati suami
sekarang ini, tentu
berat dosakan...”
Semakin sakit
hati Damia mendengar
sindiran pedas Darwisy.
“Itu orang mati
bukan saya,” tempelak
Damia. “Ketepilah saya
nak keluar. Dari
saya melayan kerenah
gila awak ni,
lebih baik saya
main dengan anak-anak.
Ada juga faedahnya.”
Damia menolak tubuh
Darwisy namun tidak
berganjak.
“Lepas tu
bercakap... ikut sedap
mulut dia aje.
Ada ke patut
dia panggil suami
dia ‘awak’! Dia ingat
bercakap dengan kawan-kawan
dia ke?” bebel
Dariwsy kembali.
Huh... mengata
orang pandai! Dia
pun apa kurangnya.
“Eleh... nak mengata
saya! Awak pun
sama juga ‘berawak’
dan ‘bersaya’ dengan
saya. Lagipun mana
ada laki bini
tengah perang panggil
abang atau sayang-sayang!!!” bidas
Damia.
Aah... betul
juga! Belum ada
lagi manusia dalam
dunia ni sekiranya
bergaduh suami isteri
boleh kekalkan panggilan
abang dan sayang
tu, bisik hati
Dariwsy sambil menggaru
kepalanya. Untuk menutup
kesilapan, Dariwsy menukar
tajuk perbualannya. “Awak
tak terasa panas
ke? Badan saya
panaslah!” Darwisy membuka
satu persatu butang
kemejanya. Terserlah dada
bidangnya.
Damia menelan
air liur melihat
perlakuan Darwisy. “Awak
buka baju tu
buat apa? Pasanglah
air cond
kalau nak sejuk kan badan
awak tu.” Damia
mengambil alat kawalan
penghawa dingin. “Hah...
dah sejuk! Awak
boleh pakai balik
baju awak.” Nafasnya
rasa tersekat bila
Darwisy semakin menghampiri.
Tanpa menghiraukan
kata-kata Damia, Darwisy
mencampak kemejanya ke
tepi. Tubuh Damia
dihampiri. Damia pantas
menjauh. Berlakulah adegan
kejar-mengejar di dalam
kamar tidur itu.
Jangan tak cayaaa...
dah macam filem
Bollywood!
DAMIA memandang
tubuh yang tidur dengan pulas
di sebelahnya. Mengingati
peristiwa yang berlaku
sebentar tadi dia
tersenyum puas. Dia
sendiri tidak mengerti
akan perasaannya yang
satu itu. Marahkan
Darwisy tapi dalam
pada masa yang
sama dia tidak
mampu menolak lelaki
itu jauh daripada
hidupnya.
Aku
akan rampas balik
apa yang sepatutnya
menjadi hak aku.
Aku yang pertama
dan aku akan
pastikan yang aku
sentiasa menjadi yang
pertama di hatinya.
Dia akan kekal
menjadi milik aku
buat selamanya.
Damia yakin...
dia memang sudah
jatuh cinta dengan
Darwisy walaupun perkahwinan
antara mereka tidak
dirancang. Damia tahu...
dia benar-benar sayang
dan rindukan Darwisy
walaupun sebelum ini
puas dia mengajar
hatinya supaya membenci
lelaki itu.
Apa yang
harus aku lakukan
Tuhan? Perlukah aku
rampas dia demi
anak-anakku. Kasihan anak-anakku!
Ya... aku harus
jadi tamak! Perempuan
itu harus aku
singkirkan daripada hidup
Darwisy. Aku tidak
mahu anak-anakku membesar
tanpa belaian dan
kasih sayang daripada
seorang ayah!
Damia berusaha
mengalih tangan Darwisy.
Pelukan erat di pinggangnya menyukarkan
dia hendak melepaskan
diri. “Abang bangun.
Sekejap lagi kita
hendak berangkat ke
Cherating.” Damia bersuara
manja. Menggeleng dia
melihat Darwisy yang
masih terdampar lesu
di sisinya.
“Pukul berapa
sekarang?”
“Dah hampir
pukul enam. Bangunlah...
kita belum solat
Asar lagi,” rengek
Damia manja.
“Angkat tangan
abang,” pinta Darwisy
manja. Damia tersenyum
melihat perangai keanak-anakan
suaminya. Tangan Darwisy
dicapainya.
“Jom kita
mandi sama-sama,” bisik
Darwisy sambil mencempung
tubuh Damia. Menjerit-jerit Damia
dengan telatah Darwisy.
Namun dia bahagia.
SELEPAS menghantar
Nomi ke rumah
Jeslina, Damia dan
keluarganya menuju ke
Cherating. Sebelum itu
mereka terpaksa ke
Balakong terlebih dahulu
mengambil kenderaan Darwisy.
Darwisy memandu
tenang Toyota Harrier
miliknya. Fareez dan Farisya sudah
lena di tempat
duduk belakang.
“Abang... macam
mana dengan kita
nanti masa di
Cherating? Keluarga abang
dan pekerja TDF
tak tahu lagi
kita ni suami
isteri.”
“Depan keluarga
abang, kita buat
seolah-olah tak kenal
tapi nak tidur
malam abang kena
cari sayang. Mana
boleh abang tidur
takde bantal peluk
abang ni.” Darwisy
mencuit manja pipi
Damia. Tangan Damia
juga dikucup lembut.
“Tapi apa
kita nak jawab
kalau mereka tanya
kenapa kita datang
bersama?” soal Damia
lagi. Dia takut
jawapan yang diberi
olehnya berbeza dengan
jawapan Darwisy. “Pastu...
macam mana nanti
kalau ada orang
nampak abang keluar
masuk bilik sayang.”
“Alah... mereka
kan tahu sayang
PA abang! Sayang
bagilah tahu, susah
datang sendirian dan
tak ada orang
yang nak tengokkan
si kembar,” jelas
Darwisy tenang. “Tentang
tempat penginapan sayang
jangan bimbang. Abang
dah booking banglo untuk
kita sekeluarga. Banglo
tersebut agak jauh
dari tempat penginapan
kakitangan TDF. Abang
nak privasi masa kat
sana. Hanya ada sayang
dan anak-anak sahaja.”
Tangannya tak lepas
menggenggam jemari Damia.
Semasa di Cherating
dia akan cuba
mengorek rahsia kenapa
Damia tidak mencarinya
sebelum berangkat ke UK.
“Abang bawa
kereta tu elok-elok.
Jangan asyik tengok
sayang aje. Sayang
tahulah sayang ni
cantik,” giat Damia.
Darwisy ketawa
lepas. Kemudian segera
menutup mulut bila
Damia membuat isyarat
senyap. “Isteri abang
memang cantik. Itu
memang abang tidak
dapat nafikan.”
“Eleh... boleh
caya ke kata-kata
tu? Bukan ke
dulu abang kata muka sayang
hodoh dan buruk,”
usik Damia. Suka
pula dia menyakat
suaminya.
“Itu masa
muka sayang tengah
banyak bintik-bintik merah.
Kalau sayang nak
tahu, dalam pada
abang kutuk-kutuk sayang,
tapi jantung abang
ni berdebar-debar bila
duduk dekat sayang.
Belum pernah abang
rasa perasaan ingin
memiliki seorang perempuan
sebelum ini melainkan
dengan sayang,” terang
Darwisy bersungguh-sungguh.
“Bila abang
bersama dengan sayang
pada malam tu,
abang rasa bahagia
sangat. Sungguh... sukar
untuk abang gambarkan
dengan kata-kata. Seolah-olah
pernikahan kita berlaku
atas dasar cinta
sama cinta. Sebab
itu abang redha
dengan jodoh kita.
Tapi tak sangka
pulak ALLAH
kirimkan bidadari untuk
abang.”
“Terima kasih
abang sebab terima
diri sayang seadanya
pada masa itu.”
Jemari mereka terus
bertaut hinggalah mereka
tiba ke destinasi
yang ditujui.
MEREKA tiba
di D’ Timur
Resort, Cherating jam
dua pagi. Akibat
memandu jauh dan
tiada rehat, Darwisy
masih lagi tidur
ketika Damia menyiapkan
anak-anaknya. Tentu Darwisy
keletihan setelah penat
memandu jauh. Damia
berharap Cherating mampu
membuatkan Darwisy lupa
akan isteri yang
ditinggalkannya di Kuala
Lumpur.
Para pekerja
TDF datang menaiki
bas. Mereka bertolak
pukul satu pagi
tadi dan dijangka
tiba pukul tujuh
pagi. Terdapat tiga buah bas
yang disewa khas
untuk membawa pekerja
TDF. Itupun mereka
datang
berperingkat-peringkat.
Semua ahli keluarga
Darwisy menyertai trip yang
pertama ini. Trip kedua
akan pergi pada
minggu hadapan manakala
trip yang
ketiga pada minggu
yang berikutnya.
“Abang tak
nak bangun lagi ke? Dah
pukul sembilan ni,
nanti sarapan habis.
Lagipun pukul sebelas
pagi nanti acara
akan bermula.”
“Sayang pergilah
dulu bawa anak-anak.
Abang nak rehat
lima minit. Lepas
mandi abang turun
ke kafe.”
“Abang jangan lambat-lambat pulak nanti
Reez dengan Isya
tiada siapa nak
jaga. Sayang nak
bawa Nomi, abang
tak bagi. Kata
nak privasilah... itulah...
inilah...,” bebel Damia.
“Hisy...
isteri abang ni,
kuat membebel betul!
Yalah... yalah abang bangun sekarang
dan mandi. Puas
hati?” Darwisy bingkas
bangun dan menuju
ke bilik mandi.
Sebelum itu bibir
Damia menjadi mangsanya
terlebih dahulu. Dia
ketawa keriangan.
“Hisy...
abang ni! Tak
senonohlah. Dahlah baru
bangun tidur. Tak
gsosk gigi pulak tu,”
marah Damia.
“Solat Subuh
tadi abang dah gosok
gigilah. Lagipun jika
setahun abang tak
gosok gigi, bau
nafas abang tetap
wangilah,” laung Darwisy
dalam bilik mandi.
“Yalah tu...
wangi! Entah-entah dah
macam sampah yang
tak dipungut dua
hari,” sindir Damia.
Damia mengetuk pintu
bilik mandi.
“Abang...
sayang bawa anak-anak
keluar dulu. Nanti
kita jumpa kat
kafe ya. Sayang
bimbang ada yang
nampak kita nanti.
Sekiranya ada yang
nampak... haru jadinya.”
“Jangan lupa
bawa hanset. Senang
abang nak call.”
Damia memandang
pelik insan yang
berada tidak jauh
di hadapannya. Eh...
bukan ke suami
aku sedang mandi
waktu aku keluar
tadi? Ini apa
pasal dah ada
terconggok kat depan bijik
mata aku? Siap
berpeluk sakan lagi!
Cepatnya dia buat
kerja. Ini memang
betul-betul dah melampau.
Bila masa pulak dia
angkut perempuan ni?
Getus Damia. Bagi
merawat hati yang
lara, Damia membawa
anak-anaknya bersantai di
tepi kolam renang.
Terbantut niatnya hendak
bersarapan.
“Hei... Mia
buat apa kat
sini?” sapa satu
suara dari dalam
kolam dewasa.
“Req...? Ya
ALLAH... Req! Aku
tak sangka dapat
jumpa kau. Kau
buat apa di
sini?” tanya Damia
teruja. Hilang seketika
lara yang berladung
di hatinya.
“Aku sedang
bercuti. Kau pulak buat
apa?”
“Company
tempat aku kerja
buat Family Day kat sini.
Tu yang aku
terconggok kat sini!”
Reqza sudah keluar
dari kolam dan
mengeringkan badannya. Tanpa
Damia sedar, tindak
tanduknya diperhatikan oleh Danish dan
Nurul Nadira yang
berada tidak jauh
daripada mereka.
“Anak-anak papa.
Rindu kat papa
tak?” tanya Reqza
sambil mencium si
kembar itu. Reqza
mengambil Fareez di
dalam stroller lalu didakapnya
erat. Sudah lama
dia tidak berjumpa
dengan si kembar.
Kali terakhir mereka
bertemu di Starhill
dua minggu lalu.
“Perkahwinan
kau
macam mana? Bahagia?”
tanya Reqza sambil
merenung anak mata
Damia.
“Entahlah Req....
Berkali-kali aku cuba
membenci dia tapi
aku tak mampu,”
terang Damia sebak.
“Kau tahu... datang
ke sini pun
Darwisy bawa isteri
kedua dia. Macam
mana aku tak
sedih,” luah Damia.
Air matanya juga
sudah bergenang.
“Bersabarlah!” pujuk
Reqza. “Kalau kau
rasa tak mampu
nak teruskan hidup
dengan dia bagi
tahu aku. Aku
akan slow talk dengan
dia dan minta
dia ceraikan kau.
Dan kita...” tanpa
sempat Reqza menghabiskan
kata-katanya ada suara
garau yang menyapa
mereka.
“Dan kita
apa? Kahwin...?” sergah
Darwisy. “Kau nak
suruh aku ceraikan
isteri aku begitu?
Bila kami dah
bercerai... kau berlakon
sebagai hero dan
datang selamatkan dia.
Kemudian dengan senang
hati kau melamar
dia sebagai isteri
kau!” marah Darwisy.
Tangannya juga sudah
bersedia hendak menumbuk
Reqza. Terlalu turutkan
hati yang marah,
Darwisy tidak sedar
anaknya berada dalam
dukungan Reqza. Mujurlah
Danish cepat menghalangnya. Jika
tidak tentu anaknya
tercampak ke dalam
kolam.
Jatuh rahang
Damia melihat wajah
yang begitu mirip
dengan suaminya. Dia
mengelip-ngelip matanya untuk
pastikan apa yang
dilihatnya. Apakah selama
ini... lelaki ini
yang dilihat bersama
dengan Nurul Nadira
bukan suaminya. Hatinya
benar-benar gembira.
Terkedu Reqza
bila telahan Darwisy
mengena. Reqza segera
meletakkan Fareez ke
dalam stroller kembali. “Saya
Reqza teman baik
Damia,” ujar Reqza
sambil menghulurkan tangannya.
Mahu tak
mahu Darwisy menyambut
juga tangan Reqza
setelah dipaksa oleh Danish. “Saya
Darwisy dan ini abang saya Danish,” terang
Darwisy. Danish turut
menyalami Reqza.
“Maaf kalau
kata-kata saya tadi
menimbulkan salah faham.”
Reqza berusaha menutup
kesilapannya. Dia juga
tidak mahu Darwisy
tahu apa yang
diserkap oleh lelaki
itu benar sama
sekali. “Bukan maksud
saya nak suruh
awak berdua bercerai.
Tapi... jikalau benar
tiada sefahaman dan
tiada rasa cinta
terhadap pasangan kita
kenapa tidak diputuskan
sahaja? Kenapa perlu
kita sakiti hati
pasangan kita?” terang
Reqza satu persatu
dengan tenang.
Sakit hati
Darwisy mendengar kata-kata
Reqza. Macamlah lelaki
itu tahu perjalanan
rumah tangganya.
“Bukan
ke selama ini
awak sudah mempunyai
isteri selain Mia?”
bisik Reqza ke
telinga Darwisy. Dia
tidak mahu Danish
dan Damia mendengar
tutur katanya. Tak
sanggup lagi Reqza
melihat hati Damia
terus terluka.
Bulat mata
Darwisy mendengar kata-kata
Reqza. Bila masa
aku menikah lain?
Tanpa menunggu lama,
Darwisy beredar sambil
menarik tangan Damia.
“Abang tolong jaga
Reez dan Isya
sekejap. Darwisy ada
benda nak uruskan.”
Panas sungguh hatinya
mendengar kata-kata Reqza.
Darwisy menarik
Damia hingga ke
penginapan mereka. “Sekarang
abang nak dengar
cerita daripada mulut
sayang. Bagaimana Reqza
boleh tuduh abang pernah berkahwin
sebelum ini? Apakah
kerana cerita bodoh
abang berkahwin lain
punca Reqza suruh
sayang bercerai dengan
abang?”
“Abang sayang
minta maaf. Sebenarnya
ada berlaku salah
faham. Reqza mahupun
sayang tidak tahu
kisah sebenarnya.” Damia
ceritakan kisah yang
berlaku dua tahun
lalu ketika dia
pergi ke rumah
keluarga Darwisy.
Terperanjat Darwisy
mendengar cerita Damia.
“Sayang ada cari
abang masa tu?”
tanya Darwisy. Damia
menganggukkan kepalanya.
Darwisy
menceritakan apa yang
berlaku. “Hari tu
sebenarnya hari perkahwinan
Abang Danish dan
Nurul Nadira. Kalau
sayang nak tahu,
masa tu abang
hanya terbaring atas
katil sahaja. Kenapalah
sayang tak tanya
nama pengantinnya? Jika
tidak tentu kita
tak perlu berjauhan
begitu lama. Silap-silap
abang boleh temankan
sayang belajar walaupun
kaki abang patah,”
gurau Darwisy. Hatinya
kembali ceria bila
mengetahui perkara sebenar.
“Abang pun
bengang sebenarnya. Entah
mangkuk mana ntah
yang rembat hanset
abang. Jika tidak
boleh abang telefon
sayang dan ceritakan
keadaan abang masa
tu.”
“Abang... kita
rahsiakan dulu perkahwinan
kita daripada keluarga
abang dan mama
sayang ya. Sebab
sayang tak yakin
mama boleh terima
perkahwinan kita.”
Ini mesti
Damia tak tahu
lagi yang mama
dia masih sibuk
nak suruh aku
jadi menantu dia,
bisik hati Darwisy.
“Baiklah abang setuju.
Nanti kita cari
masa yang sesuai
untuk ceritakan hal
yang sebenarnya.” Darwisy
merenung wajah isterinya.
Peluang keemasan berdua-duaan
dengan Damia tidak
dilepaskan begitu sahaja.
“Hisy...
abang ni teruklah!”
Damia menolak muka
Darwisy yang tidak
mahu berganjak dari
mukanya. “Kesian Abang Danish dan
Reqza kena jaga
anak-anak kita. Jomlah
kita keluar,” ajak
Damia sambil merapi
kembali tudungnya yang
senget.
“Malam nanti
jangan tidur awal,”
ujar Darwisy sambil
mengucup pipi Damia.
“Apa sahaja
untukmu sayang,” bisik
Damia. Dia juga
tidak mahu melepaskan
peluang bermanja dengan
Darwisy. Bibir Darwisy
dikucup mesra dan
hangat.
Terpukau Darwisy
dengan aksi berani
Damia. Bila dia
tersedar, Damia sudah
pun memulas tombol
pintu dan bersedia
hendak keluar. Nakal,
bisik hati Darwisy.
DARWISY bertemu
dengan Reqza pada
malam itu. Damia
tidak turut serta
kerana anak-anaknya sudah
tidur. Lagi pula
mereka tidak boleh
kerap bersama kerana
bimbang bondanya dapat
menghidu hubungan mereka.
Nurul Nadira sudah
berjanji menutup mulutnya.
“Reqza..., saya
nak mohon maaf
sebab berkasar dengan
awak pagi tadi,”
ujar Darwisy sambil
menghulurkan tangan untuk
berjabat. “Saya juga
ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih kerana menjaga
isteri dan anak-anak
saya dengan baik
semasa di UK.
Tanpa awak entah
bagaimana agaknya keadaan
Mia di sana,”
lirih sahaja bunyi
nada suara Darwisy.
“Saya maafkan,”
jelas Reqza dengan
senyuman. “Saya juga
hendak mohon maaf
kerana tersalah sangka
selama ini.”
“Kita sama-sama
tersalah sangka,” ujar
Darwisy sambil ketawa.
“Saya
benar-benar berharap Darwisy
dapat jaga Mia
sebaik mungkin. Dia
perempuan yang baik.
Sukar hendak dapatkan
perempuan yang setia seperti dia
sekarang ini. Sekiranya
awak melepaskan dia
pergi, awak akan
menyesal seumur hidup
awak,” ujar Reqza
tulus dan serius.
“Tapi ingat... sekiranya
awak sia-siakan dia,
saya akan rampas
dia dari tangan
awak,” seloroh Reqza
sambil menepuk bahu
Darwisy.
“Saya
tahu tentang itu.
Awak jangan risau.
Insya-ALLAH saya akan
jaga dia seperti
nyawa saya sendiri,”
janji Darwisy. “Saya
sebenarnya sangat-sangat cinta
dan sayangkan Damia.
Hidup saya hilang
seri semasa dia
menghilangkan diri dulu.
Mujurlah dia tidak
tuntut cerai daripada
saya. Jika tidak,
tak tahulah apa
yang akan terjadi
terhadap diri saya.” jelas
Darwisy sambil tersenyum.
“Dia tidak
tahu yang Darwisy
mempunyai kembar seiras.
Sekiranya dia tahu
tentu dia tidak
akan menjauhkan diri. Dan salahnya
juga kerana tidak
menyelidik terlebih dahulu
perkara yang sebenar
sebelum membuat keputusan,”
balas Reqza. “Mujur
jugalah Reez dan
Isya di bawa
pulang lebih awal
ke Malaysia, jika
tidak Mia pasti
masih lagi berada
di UK sekarang
ini,” terang Reqza
tanpa dipinta.
“Mungkin ada
hikmahnya kenapa anak-anak
saya pulang lebih
awal. Jika tidak
sampai sekarang saya
tentu tidak tahu
hendak mencarinya di
mana,” balas Darwisy
sambil merenung lautan
luas yang diliputi
kelam malam.
“Seandainya dah
jodoh tak akan
ke mana.”
Darwisy mengangguk
kepalanya tanda setuju.
“Silakan minum,” pelawa
Darwisy. Reqza kini
adalah kawannya. Sesiapa
yang menjadi teman
isterinya akan menjadi
sahabatnya juga.