Assalamualaikum para pembaca yang disayangi sekalian. Maaf kerana terlama menyepi dan membiarkan blog ini bersawang. Selamat membaca. Semoga terhibur dengan karya yg biasa2 ini. Maaf jika byk kekurangan didlmnya :)
“ASSALAMUALAIKUM...”
Bagaikan
mimpi Wardina mendengar suara orang memberi salam.
“Tak
akanlah budak tiga orang tu dah datang? Baru pukul berapa ni?” Wardina melihat
jam yang elok tergantung di dinding rumah. Awal lagi, getus Wardina. Dia baru
sahaja ingin berehat selepas pulang dari sekolah tadi.
Wardina
bangun dari pembaringannya. Tudung sekolah yang berada di atas sofa terus
disarungkan ke kepala. Dia tidak mahu orang tertungu-tunggu.
“Waalaikumussalam,”
laung Wardina dari dalam rumah.
Tercengang
dia seketika melihat dua orang lelaki di halaman rumahnya. Wow... kacaknya! Lebih tampan dan hebat daripada pelakon Korea
kesayangan aku tu. Siapa lagi kalau bukan ‘si senyuman mengancam’ dan ‘si
jejaka handsome’ ( Lee Min Ho dan
Dennis Oh ). Panggilan unik itu Sofina yang perkenalkan. Dia sekadar mengikut
sahaja.
Tapi
siapakah mereka berdua ini? Buat apa di sini? Apa mahunya?
“Encik
berdua cari siapa?”
“Ini
rumah Zulhakimi ke?” Salah seorang daripada mereka bertanya.
“Ya...,”
balas Wardina ringkas. Hatinya digamit kebimbangan yang bukan sedikit.
Janganlah hendaknya terjadi apa-apa ke atas abangnya.
“Dia ada di rumah?” tanya Darwin ramah.
Matanya tidak lari dari memandang wajah comel yang masih lengkap berpakaian
seragam pengawas sekolah. Cuti-cuti pun pergi sekolah ke? Ada kelas tambahan kut?!
Bakal isteri siapalah gamaknya?
Wardina
menghela nafas lega.
“Abang
Zul tak ada. Dia belum balik kerja lagi. Tapi encik berdua ni siapa?” Wardina
bertanya. Bibit curiga mula bertandang di hatinya. Sudahlah dia keseorangan di
rumah. Bimbang juga dia. Maklumlah sekarang ni tengah popular dengan cerita kes
culik-rogol-bunuh-bakar. Dia tidak mahu menjadi salah seorang mangsanya.
“Saya
Darwin, kawan Zulhakimi. Pukul berapa dia balik kerja?” Terlupa pula Darwin
yang hari ini dia mengambil cuti. Sudahlah hendak datang tidak bagi tahu ‘orang
tua’ itu terlebih dahulu.
“Biasanya
pukul enam atau tujuh baru sampai rumah,” balas Wardina.
Mendengar
perkataan kawan, hati Wardina sedikit lega. Wajah teman-teman abangnya ditatap.
Nak jemput naik ke tidak? Tapi tak akanlah hendak biarkan mereka tercongok di
tengah panas pulak?! Hati Wardina
berbisik serba-salah. Hailah... Dia
orang ni pun satu. Time abang aku tak
ada di rumah, time inilah nak datang.
Hesy... menyusahkan aku betullah, gerutu Wardina sedikit geram.
“Jemputlah
naik,” pelawa Wardina dengan perasaan serba-salah. Dia bimbang dengan tanggapan
negatif jiran tetangga.
“Abang
berdua duduk kat beranda ni ajelah dulu,” pinta Darwin sopan. Segan pula dia
hendak masuk ke dalam rumah apabila melihat Wardina hanya bersendirian.
“Emmm... baiklah. Abang berdua duduklah
dulu ya, saya nak masuk ke dalam sekejap.” Wardina membuka kipas angin di bahagian
beranda untuk keselesaan kawan-kawan abangnya sebelum masuk ke bilik. Dia ingin
menukar pakaian.
Tidak
lama kemudian, Wardina keluar bersama dulang yang berisi air sirap bandung,
sepinggan kerepek ubi dan kek red velvet.
“Jemputlah
minum,” pelawa Wardina. Dia sedikit kekok menyusun gelas minuman apabila mata
Darwin tidak berganjak memerhatikan dirinya. “Mana abang yang sorang lagi?”
soal Wardina bagi mengurangkan ketidakselesaannya.
Darwin
mengangkat bahu tanda tidak tahu.
“Melawat
kawasan agaknya,” jawab Darwin selamba kemudiannya. Gadis yang berada di
hadapannya ditilik semahunya.
Tadi
pakai baju sekolah, comel. Pakai baju biasa, nampak cunlah pulak! Mesti dah ada boyfriend,
bisik hati Darwin. Budak sekolah sekarang bukannya boleh percaya sangat. Pantang
nampak anak dara cantik sikit, terus keluar ayat jiwang-jiwang. Tak padan
dengan makan minum mak bapak yang tanggung, bebel Darwin dalam hatinya. Entah
wabak apalah yang sedang menular dalam dirinya. Virus cemburu kut?!
Wardina
mempamerkan riak blurnya. Melawat
kawasan? Calon wakil rakyat ke? Getus Wardina. Wah... muda-muda lagi dah nak
masuk bertanding pilihan raya! Hebat! Kagum Wardina dibuatnya.
“Nama
siapa?” Darwin memulakan sesi perkenalan. Muka Wardina direnung tanpa rasa
bersalah. Dah tahu nama abang, tak akan tak nak ambil tahu nama adiknya pula.
“Abang
tanya nama saya ke?” Wardina tuding jari ke arah wajahnya.
“Taklah!
Abang tanya nama orang yang duduk dekat rumah belakang,” balas Darwin selamba.
Wardina
menarik muka empat belas. Panjang muncungnya. Penat kayuh basikal belum hilang
lagi, dah ada pula yang buat lawak bodoh antarabangsa dengannya. Sudahlah Abang
Zulhakiminya masih lambat lagi hendak pulang dari kerja. Kena pulak dia melayan kerenah sahabat
abangnya yang tidak berapa nak betul ini. Hesy... kenapalah time abang aku kerja, korang datang? Kelmarin cuti hujung
minggu kenapa tak nak datang? Keluh Wardina dalam hati.
Hampir
terburai tawa Darwin melihat wajah kelat itu.
“Tentulah
abang tanya nama awak. Awak aje yang ada kat sini, kan?” Wajah Wardina yang
sedang menahan marah menarik minatnya. Makin marah makin lawalah pulak!
“Oh!
Nama kawan Wardina.”
“Owhh... kalau nama kawan, Wardina. Nama
awak siapa?” Sengaja Darwin mengusik Wardina.
“Itu
nama orang la...” Wardina sudah mengetap bibirnya menahan geram.
“Abang
tahulah itu nama orang. Mana ada orang letak nama lembu atau kambing dengan
nama Wardina.” Entah mengapa timbul satu keseronokan dalam diri Darwin dapat
mengusik gadis manis bernama Wardina itu.
Wardina
menuntas pandangan ke raut wajah Darwin. Kejap ke atas dan kejap ke bawah
berulang kali. Kecik-besar... kecik-besar... saja dia melihat lelaki itu. Ingin
sahaja dia menelan lelaki itu hidup-hidup. Geramnya bila terasa
dipermain-mainkan.
“Nama
saya Nur Wardina binti Zulfadli. Umur saya sembilan belas tahun dan baru satu
jam yang lalu tamat peperiksaan STPM. Ayah saya bernama Zulfadli bin Abdul Aziz
dan emak saya bernama Wahida binti Mahad. Mempunyai seorang abang yang kacak
dan tampan bernama Muhammad Zulhakimi. Puas hati?” Senafas ayat-ayat itu
meluncur dari bibir Wardina.
Mak aii...
garang juga minah ni. Tapi aku suka. Darwin tersengih nakal.
“Nama
abang yang kacak ni Darwin Oh. Kembar seiras dengan Dennis Oh. Kami ni lain mak
dan juga ayah. Umur dua puluh tujuh tahun. Baru beberapa bulan yang lalu tamat
belajar. Sekarang... bekerja sebagai kuli di salah sebuah syarikat di Kuala
Lumpur. Anak tunggal. Nama ayah Suffian dan nama ibu pula Atifah.” Darwin
mengajuk kembali kata-kata Wardina. “Emmm...
kawan abang yang tak berapa nak kacak tu namanya Kamal Basha.”
Wardina
mengherotkan bibirnya tanda menyampah. Tidak kuasa dia hendak melayan lelaki
yang tidak berapa nak betul otaknya itu. Mata Wardina mencari kawan Darwin yang
seorang lagi. Lelaki itu kelihatannya sangat baik. Tidak seperti yang berada di
hadapannya ini. Banyak cakap dan banyak jugak cekadaknya!
Tawa
Darwin meletus dengan aksi spontan Wardina. Kelakar juga minah ni. Kuat
merajuk! Suka melawan! Banyak cakap! Menarik... Ini kalau jadi isteri aku ni,
mahunya kena cium setiap masa jika asyik buat aksi menggoda macam tu, bisik
hati Darwin nakal. Alamak... Termenggatal
la pulak. Kalau dia dapat baca fikiran aku, mampus!
“Apa
ketawa-ketawa?” soal Wardina garang. “Saya ada buat lawak ke?” tanya Wardina
geram.
Darwin
hanya menggeleng. Namun senyumannya masih belum sirna di bibir.
Enggan
melayan kerenah kawan abangnya, Wardina berlalu ke dapur untuk menyediakan
makan tengah hari buat teman-teman abangnya itu. Entah apa tujuan mereka datang
ke mari, Wardina tidak tahu. Apa yang dia tahu, salah seorang kawan abangnya
itu, amat menyusahkan dirinya.
“ERR...
adik. Tandas mana?”
Wardina
menoleh untuk melihat siapakah gerangannya hamba Allah yang sopan lagi santun
itu. Anak siapalah agaknya? Dah berpunya ke belum? Amboi... gatal!
“Tandas
kat belakang sana.” Wardina tuding jarinya ke arah yang dimaksudkan.
“Terima
kasih.”
“Sama-sama,”
jawab Wardina malu-malu. Baiknya. Tak macam mamat yang sorang tu.
Wardina
segera menyiapkan hidangan tengah hari buat tetamu yang tidak diundang itu.
Setelah siap menghidangkan nasi dan lauk-pauk, Wardina memanggil Darwin dan
Kamal Basha untuk menjamu selera.
“Jemputlah
makan.” Wardina mempelawa Darwin dan Kamal Basha.
“Tak
makan sekali ke?” Darwin bertanya. Dia yakin Wardina masih belum makan tengah
hari lagi.
“Abang
berdua makanlah dulu,” ujar Wardina sambil menuang sirap limau ke dalam gelas.
“Sedap.
Pandai Wardina masak. Ini dah boleh kahwin dah ni,” usik Kamal Basha. “Abang
pun sedang mencari teman hidup,” tambahnya lagi.
“Eh,
bukan ke kau dah ada Shalini?” soal Darwin selamba. Belum apa-apa lagi dah buat
hal. Dia ingat kampung ni macam KL? Boleh redah sesuka hati!
“Apa
salahnya ramai kawan? Dah jumpa yang betul-betul sesuai, barulah aku merangka
perancangan ke peringkat seterusnya,” jawab Kamal Basha sambil meneguk
minumannya.
La...
sama aje perangainya! Ingatkan baik. Rupanya tadi belum panas ‘enjin’ lagi.
Biang juga rupa-rupanya, gerutu Wardina.
“Abang
berdua makanlah dulu ya. Saya nak solat zohor dulu.” Malas Wardina hendak
melayan kerenah dua ekor ulat bulu itu. Belum pun kenal lama, dah nak membirah dengannya.
Darwin
memerhati Wardina yang sudah berlalu pergi. Matanya juga menjeling Kamal Basha
yang sedari tadi asyik mencuri pandang adik Zulhakimi itu. Entah apa mimpi
temannya itu hendak mengikut dia berjalan kali ini, dia pun tidak tahu.
Biasanya Kamal Basha tidak sudi pergi ke kampung-kampung. Kurang maju dan
mundur katanya.
Darwin
sebenarnya mempunyai urusan peribadi dengan Zulhakimi. Lelaki itu telah
menyelamatkan nyawanya tidak lama dulu. Jika Zulhakimi terlewat barang sesaat,
pasti dia sudah mati atau patah riuk akibat terjatuh ke dalam gaung semasa
mengikuti ekspedisi memanjat gunung anjuran kelab sukan dan rekreasi di tempat
kerjanya.
“Tekun
kau tengok awek tu bro? Berkenan ke?”
“Budak
sekolah lagilah Kamal.”
“Budak
sekolahlah senang nak usyar beb.”
Kamal Basha bersuara.
“Kau
dah gila? Aku berhutang nyawa dengan abang dia, kau tahu tak? Zulhakimi sanggup
bersabung nyawa hendak menyelamatkan aku, mustahil aku akan buat perkara yang
tidak elok terhadap keluarga dia,” bentak Darwin. Panas hatinya mendengar
kata-kata Kamal Basha yang kurang cerdik itu. Apa lagi yang Kamal Bahsa
inginkan? Bukankah dia sudah punya teman wanita yang solid-molid?
“Janganlah
sentap sangat! Aku bergurau ajelah. Apa ada dengan perempuan kampung macam adik
penyelamat nyawa kau tu?” sindir Kamal Basha sambil tersenyum sinis. Bengang
dirinya bila ditinggikan suara sebegitu.
“Kau
nak bercakap pun agak-agaklah. Orang dah layan kita dengan baik, sepatutnya
kita balas dengan baik juga. Bukannya jadi kacang lupakan kulit,” perli Darwin.
“Bila
masa aku jadi kacang? Aku manusia normal okey,” gurau Kamal Basha. Dia tidak
berhajat hendak berdebat lebih panjang dengan temannya itu.
“Hesy...
kau ni! Tak faham bahasa kiasan ke?”
“Faham!
Saja nak bergurau mesra dengan kau,” luah Kamal Basha sambil tertawa. “Jomlah kita
sambung makan. Sedap juga budak tu masak. Aku ni bukannya gemar sangat dengan
masakan kampung. Tapi okeylah masakan dia jika tekak aku ni boleh terima,”
komen Kamal Basha.
Darwin
menceber menyampah. Meluat sungguh dia melihat perangai Kamal Basha. Baru kaya
dengan harta bapak dah berlagak. Belum lagi diri sendiri yang bergelar jutawan
atau hartawan. Mahu tak kenal dari mana asalnya diri itu.