Jemputlah baca bab 6. Sekiranya ada yang terkurang atau tidak kena dengan jiwa anda, maafkan saya yang serba kekurangan ini. Jika ingin berkongsi rasa, sila-silakanlah. Jangan malu-malu.
***************************************************
AZAN SUBUH yang
berkumandang mengejutkan Damia
dari lena. Darwisy
sudah tidak ada
di sisinya. Selesai
membersihkan diri dan
bersolat, Damia mencari
Darwisy. Tahulah kini
dirinya telah ditinggalkan.
Damia menangisi nasib
yang menimpa dirinya.
Dia kesal dengan
perbuatan Darwisy. Darwisy
perlakukan dirinya bagaikan
sampah. Sudahlah mama
membuangnya. Kini suaminya
juga begitu setelah
‘menakluki’ dirinya.
“Aku harus
kuat! Aku tidak
boleh menangisi nasib
yang sudah tertulis
untukku,” kata Damia
kepada dirinya. Damia
menuju ke meja
solek dan merapikan
dirinya. Terpandang Damia
akan coretan yang
ditujukan kepadanya dan
sekeping kad bank.
Damia membaca surat
tersebut...
Assalamulaikum...
Ketika Mia sedar
dari tidur, abang
sudah tidak ada
lagi di sisi
Mia. Maafkan abang.
Bukan niat abang
hendak meninggalkan Mia. Abang perlu
pulang segera ke
Kuala Lumpur kerana
moyang abang jatuh
sakit. Abang janji akan menjemput
Mia setelah urusan
abang selesai.
Janganlah Mia fikir
abang ingin melarikan
diri. Jika Mia
tidak mempercayai kata-kata abang,
Mia boleh datang
ke alamat ini mencari abang.
Nombor telefon abang
juga sudah abang setting
dalam telefon bimbit
Mia. Abang juga
tinggalkan kad bank
abang untuk kemudahan
Mia sewaktu abang
tiada. Untuk pengetahuan
Mia, abang redha
dengan pernikahan kita
ini. Mungkin Mia
sudah tertulis sebagai
pasangan abang di
Loh Mahfuz sejak
azali lagi.
Abang ingin
mengambil kesempatan memohon
maaf jika kata-kata
abang sebelum ini
menyakiti hati dan perasaan Mia.
Ingat... abang akan
pulang menjemput Mia.
Simpan alamat dan
nombor telefon abang
dengan baik. Jika
abang tidak datang
menjemput Mia, cari
abang di rumah
keluarga abang. Mungkin
terdapat aral yang
menghalang abang untuk
berbuat demikian. Jaga
diri dan jangan
lupakan abang.
Suamimu,
Darwisy.
Menitis air mata
Damia sewaktu membaca
coretan suaminya. Tidak disangka
hati suaminya begitu
mulia walaupun pada
awalnya ada kata-kata
Darwisy yang amat menjengkelkan
hati.
Teringat Damia
akan perbualannya dengan
Mak Long Anisah
selepas beberapa jam dia sah
menjadi isteri Darwisy...
“Kamu jangan
cuba nak pedajalkan suami
kamu! Nanti berdosa dan
tak cium bau
syurga,” pesan Mak
Long Anisah.
Wah... hebat
sungguh firasat mak
long! Macam dia
tahu-tahu je aku nak pedajalkan laki
aku malam ni,
bisik hati Damia. “Alah... Mak
Long! Entah-entah perangai
lelaki tu sebijik macam
dajal!” tingkah Damia.
“Hisy...
tak baik kata
suami macam tu!
Walau macam manapun
tingkah lakunya, kamu
sebagai isteri kena
terima diri dia
seadanya. Mungkin dia
jodoh kamu yang
terbaik yang dikirim
oleh ALLAH, siapa
tahu?” terang Mak
Long Anisah.
Ya... Mak Long,
dia memang lelaki
yang baik! Dia
sanggup terima Mia
seadanya walaupun wajah
Mia ketika ini
tidak secantik seperti
biasa. Pak Long
terima kasih kerana
memilih jodoh yang
terbaik buat Mia.
Mia berjanji akan menjadi isteri
yang solehah dan
sentiasa mentaati suami.
Tersentuh hati Damia
melihat bagaimana susah
payahnya Pak Long
Kamal menguruskan hal-hal
berkaitan dengan pernikahannya
dalam masa satu
hari. Mujurlah Pak
Long Kamalnya mempunyai
ramai kenalan di
Pejabat Agama. Jika
tidak tentu keadaan
menjadi rumit.
Damia
meneliti telefon bimbit.
“Alamak... bateri dah flat
rupanya.” Bergegas Damia
mencari charger telefon bimbitnya.
Selepas menunggu beberapa
ketika, dia segera
menghidupkan telefon bimbitnya.
Ada miss call daripada
suaminya. Terdapat juga message
daripada suaminya.
Message pertama:
~ Abang sekarang
sudah sampai di Hentian Machap.
Selepas solat Subuh
abang akan meneruskan
perjalanan ke Kuala
Lumpur. Mia dah
jumpa surat dan
Maybankard yang abang
tinggalkan? Abang harap Mia guna
duit yang abang
tinggalkan buat Mia
sebaik mungkin. Sekiranya
abang tidak datang
menjemput Mia dalam
tempoh seminggu, abang
harap Mia dapat
menemui abang di
alamat yang telah
abang berikan.
Message kedua:
~ Abang baru
sahaja lepas solat.
Sekejap lagi abang
akan meneruskan perjalanan.
Abang akan cuba
pulang segera ke
rumah Pak Long,
Insya-ALLAH. Tunggu kedatangan
abang. Doakan keselamatan
abang ya!
Tersenyum
Damia membaca message yang
dihantar oleh suaminya.
Macam berkahwin dengan
orang yang dicintai
sahaja lagaknya, bisik
hati Damia. Damia
mengucup hansetnya. Seolah-olah
kucupan itu ditujukan
buat suaminya. Mudahnya
aku terima dia
dalam hidupku, gumam
Damia. Mungkin cinta
anugerah ALLAH ini
lebih indah dan
mengasyikkan. Walaupun kenal
tidak sampai tujuh
puluh dua jam
tapi kemanisannya begitu
meresapi jiwa.
MAK LONG
ANISAH
pulang ke rumah
seketika untuk melihat
perjalanan hidup pengantin
baru. Setibanya dia
di perkarangan rumah,
didapatinya kereta Darwisy
tiada di situ.
Hatinya mula merasa
cuak. “Budak lelaki
tu dah tinggalkan
anak saudara aku ke? Andai
budak itu berani
buat macam tu...
sampai lubang kubur
aku kejar.” Begitulah
tekad Mak Long
Anisah. Kasih sayangnya
sudah tertumpah ke
atas Damia memandangkan
dia tiada anak
perempuan.
“Assalamualaikum.”
Mak Long Anisah
memberi salam.
“Waalaikumussalam,”
jawab Damia sambil
menyambut kepulangan Mak
Long Anisahnya. Damia
juga menyambut huluran
bekas makanan daripada
Mak Long Anisahnya.
“Mana suami Mia?”
tanya Mak Long Anisah tanpa
bertangguh.
“Darwisy
terpaksa balik ke
Kuala Lumpur, moyangnya
sakit,” jelas Damia.
Malu pula dia
hendak membahasakan diri
Darwisy... ‘abang’. Aku
harus membiasakan lidah
aku memanggilnya abang
supaya bila bertemu
nanti lidah aku
tidak tergeliat, bisik
hati Damia nakal.
“Mia yakin ke
dia balik ke
KL dan bukannya
meninggalkan diri Mia
di sini keseorangan?”
tanya Mak Long
Anisah untuk kepastian.
Damia pantas mengangguk.
“Darwisy ada tinggalkan
surat yang mengandungi
alamat dan telefon
rumah keluarganya. Dia
juga ada tinggalkan
kad banknya untuk
kegunaan Mia. Darwisy
juga berpesan kalau
dia tak datang
dalam masa seminggu,
dia suruh Mia
mencari dia di
rumah keluarganya.”
“Baguslah
macam tu. Mak
Long harap dia
tidak mensia-siakan diri
Mia. Rugi kalau
dia lepaskan anak
Mak Long yang
jelita ni,” usik
Mak Long Anisah.
Damia hanya tersenggih
mendengar pujian Mak
Long Anisahnya.
“Kamu tu tukarlah
nama panggilannya. Sakit
telinga Mak Long dengar
kamu panggil Darwisy...
Darwisy...!!! Cubalah panggil
abang ke... sayang
ke... darling ke...
barulah nampak mesra
sikit.” bebel Mak
Long Anisah.
Amboi... Mak Long!
Sudah terlebih nampak!
Desis Damia. “Dia
memang membahasakan dirinya
abang. Tapi Mia rasa macam
nak tergeliat aje lidah ni bila nak
sebut perkataan abang,”
terang Damia tersipu
malu.
“Hisy... apa
pasal pulak macam tu?
Dah dia guna
panggilan abang, kamu
kena biasakanlah,” tegas
Mak Long Anisah.
“Mak Long
nak pergi semula
ke chalet. Ingatkan
tadi dia ada, itu yang
Mak Long bawakan
sarapan lebih. Mak
Long pergi dulu
ya.”
Sewaktu Mak Long
Anisah tiba di
chalet, Pak Long
Kamal sedang menjaga
kaunter. Kelihatan di
situ beberapa orang
pelanggan sedang membuat
pembayaran. Mungkin baru
lepas sarapan, getus
Mak Long Anisah.
Mak Long Anisah
menghampiri suaminya untuk
mengambil alih tugasnya.
“Apa cerita budak
dua orang di
rumah tu,” tanya
Pak Long Kamal
sebaik sahaja Mak
Long Anisah melabuhkan
punggungnya.
“Emm...
Darwisy dah balik
KL. Katanya moyang
dia sakit. Entahkan
betul entahkan tidak,
saya pun tak
tahu abang,” keluh
Mak Long Anisah.
“Mungkin
betullah tu. Kalau
dia cuba buat
perangai, tahulah kat
mana abang nak
cari budak tu,” tegas Pak
Long Kamal. Dalam
pada masa yang
sama juga dia runsing
jika Darwisy enggan
bertanggungjawab. Maklumlah bernikah
pun terpaksa.
“Tapi Darwisy ada
juga pesan dengan
Mia. Jika dia
tak balik dalam
masa seminggu, dia
suruh Mia cari
kat rumah keluarganya,”
ujar Mak Long
Anisah. “Tapi saya
risaulah abang, manalah
tahu alamat dan
nombor telefon yang
diberi adalah palsu.”
“Dahlah awak tak
payah runsing sangat.
Naik darah tinggi
awak tu susah pulak,”
sakat Pak Long
Kamal untuk menghilangkan
resah di hati
isterinya. Dia yakin
Darwisy tidak berbohong.
Lagi pula dia
ada simpan salinan
kad pengenalan Darwisy.
Tahulah dia bagaimana
caranya hendak mengajar
Darwisy sekiranya lelaki
itu menipu.
Mak Long
Anisah hanya menjeling
tajam pada suaminya.
“Hisy...
jangan jeling-jeling macam
tu! Tergoda abang
nanti. Siapa yang
susah? Awak jugak Anisah
oii...!!! Nanti takde
orang yang nak
jaga kaunter ni,”
giat Pak Long
Kamal sambil berbisik.
“Eeii...
orang tua ni! Tak padan
dengan rumah kata pergi-pergi... kubur
kata mari-mari... ada
hati nak merenyam
lagi. Sedarlah sikit
awak tu dah
lama ‘pencen’!!!” marah
Mak Long Anisah
sambil mencubit pinggang
suaminya.
“Mana awak tahu
saya dah ‘pencen’?
Cuba awak sain
borang untuk saya
nikah lagi satu.
Kita tengok sama
ada saya dah
‘pencen’ ke belum,”
usik Pak Long
Kamal lagi.
“Jangan awak
terperanjat jika madu
awak mengandungkan kembar
empat sekaligus,” ujar
Pak Long Kamal
sambil ketawa kelucuan
dengan kata-katanya. Tiada
niat dia hendak
menduakan isteri kesayangannya
itu. Hidup matinya
biarlah bersama.
“Abang jangan cuba-cuba
hendak menduakan saya.
Nanti tak cukup
tanah satu Mersing
abang nak lari,”
marah Mak Long
Anisah. Mukanya juga
sudah masam.
“Janganlah
buat muka macam
tu. Lari semua
pelanggan kita,” pujuk
Pak Long Kamal
sambil memeluk mesra
bahu isterinya. “Abang
bergurau sahajalah. Tak
mungkin abang buat isteri abang
macam tu.” Tanpa
segan-silu dia mengucup
pipi isterinya.
“Hisy... abang
ni, tak tahu
malu langsung! Mujur
takde orang. Tentu
mereka akan kata
kita berdua ni, orang tua
yang tak sedar diri,”
usik Mak Long
Anisah. Dia bahagia
dengan layanan mesra
suaminya.
“Ala... buat apanya
nak malu? Kita
bukannya buat maksiat.
Lagipun... tak semestinya
orang tua seperti
kita tak boleh
nak beromantik,” giat
Pak Long Kamal.
“Kalaulah ada
orang sanggup nak jaga chalet
kita barang seminggu
dua, nak juga
saya bawa awak
pergi berbulan madu
buat kali kedua.
Manalah tahu boleh
dapat anak lagi,”
gurau Pak Long
Kamal.
“Abang dah buang tebiat
ke? Dah tua
ganyut masih ada
hati lagi nak
pergi berbulan madu,”
senda Mak Long
Anisah.
“Kalau awak nak
tahu Anisah sayang...
saya ni macam
kelapa. Makin tua
makin pekat santannya.”
Berdekah-dekah ketawa Pak
Long Kamal sesudah
habis berkata-kata.
“Saya ingat abang perlu berjumpa
doktor sakit jiwalah.
Orang lain yang
kahwin, dia pula
yang terasa seperti
pengantin baru.”
“Kita jumpa sama-sama
ya,” usik Pak
Long Kamal lagi
sambil mengenyit mata.
Usai berkata-kata Pak
Long Kamal berlalu
melihat pekerjanya menjalankan
tugas.
HAMPIR
dua
minggu Damia menunggu
kedatangan Darwisy namun
lelaki itu tidak
kunjung tiba. Beratus
kali juga dia
cuba menghubungi telefon
bimbit suaminya tetapi
hanya disambut oleh suara operator.
Hendak menghubungi rumah
keluarga suaminya dia
tidak punya keberanian.
Damia mengambil
keputusan pulang ke
rumah neneknya sebelum
berangkat ke UK
untuk menamatkan pengajian
yang berbaki satu
semester sahaja lagi.
Pada Pak Long
Kamal sudah dititipkan
pesan supaya memberi
alamat neneknya kepada
Darwisy jika lelaki
itu datang mencarinya.
Rindu...
itulah yang Damia
rasakan di saat ini. Belum
pernah dia mengingati
dan merindui seorang
lelaki seperti ini.
Aduh... parah kalau
berterusan begini! bisik
hati Damia.
“Jauh
termenung cucu nenek!
Ingatkan orang yang
tersayang ke?” gurau
Puan Saadiah. Dia
baru sahaja mendapat
tahu cucunya itu
sudah bernikah setelah
dipaksa oleh Kamal,
anak lelakinya yang
sulung. Pada mulanya
dia agak marah
juga dengan tindakan
Kamal tetapi setelah
mendengar penjelasan Kamal,
dia redha. Cuma
Karina sahaja yang
belum mengetahui. Tentu
mengamuk menantunya itu
bila mendapat tahu
anak gadis tunggalnya
sudah menikah. Tangan
Puan Saadiah membelai
lembut rambut Damia.
“Takdelah nek. Tak
ingat pun kat
dia,” suara Damia
sudah berentak sentimental.
Mengingati Darwisy membuatkan
hatinya sebak. Dia
tidak tahu penyakit
apa yang sedang
menular dalam dirinya.
Pada hal Darwisy
baru sahaja dikenalinya.
“Bila Sayang nak bagi tahu
dengan mama tentang
pernikahan ni?” tanya
Puan Saadiah. Dia
tidak mahu membuatkan
cucu kesayangannya itu
bersedih.
“Sayang tak bersedia
lagilah nek. Mungkin
Sayang akan bersemuka
dengan mama selepas
Sayang berbincang dengan
Darwisy nanti,” jelas
Damia. Dia perlukan
Darwisy di sisi
ketika menerangkan duduk
perkara sebenar pada
mamanya. Sekurang-kurangnya jika
mamanya mengamuk, Darwisy
ada untuk melindungi
dirinya.
“Emm... bagus juga
cadangan kamu. Bolehlah
mama kamu berkenalan
dengan menantunya sekali.
Nenek pun tak
sabar hendak berkenalan
dengan suami kamu.”
Damia
mengeluh mendengar luahan
neneknya. Nampaknya terpaksalah
dia menjejaki Darwisy
di rumah mentuanya.
Mujurlah rumah mereka
di kawasan yang
sama.
“Tak baik mengeluh.
Dah... mari kita
masuk sekejap lagi
nak masuk waktu
Maghrib.” Puan Saadiah
menghulurkan tangannya. Damia
menyambut huluran tangan
neneknya dan mereka
bergandingan masuk ke dalam
rumah.
Setelah
selesai makan malam
Damia mengambil angin
di luar rumah.
Kelihatan bapa saudaranya
baru pulang dari
pejabat. Khairil menghampiri
Damia yang sedang
melayan perasaan di
buaian.
“Kenapa
monyok muka ni?
Macam orang baru
mati laki aje,”
gurau Khairil.
“Tak baiklah Ucu
ni! Ada ke
patut doakan suami
Sayang mati,” marah
Damia. Mulutnya sudah
muncung sedepa.
“Bila masa Ucu
doakan suami Sayang
mati? Ucu cuma
kata macam mati
laki. Kan... berbeza keterangan
ayat tu!”
“Hisy... malaslah
nak layan Ucu.
Buang karen aje!”
“Malas layan sudah!
Ada Ucu kisah?”
sakat Khairil. “Bila
Sayang nak ke
KL?” tanya Khairil.
Damia ada meminta
pertolongannya supaya menghantar
ke rumah mentuanya.
“Sayang bercadang hari
Ahad. Khamis minggu
depan, Sayang dah
nak balik UK.”
“Maknanya
hari Ahad kita
terus ke rumah
keluarga suami Sayanglah?”
Melihat anggukan Damia,
Khairil bertanya lagi.
“Sayang tak nak
balik rumah mama
Sayang dulu ke?”
“Emm...
mungkin Sayang akan
pergi bersama Darwisy,”
terang Damia tenang.
Memang itu hajatnya.
Sebelum pulang ke UK dia
akan memperkenalkan Darwisy
kepada mamanya.
“Baguslah
macam tu,” ujar
Khairil sambil menepuk
lembut bahu Damia.
PAGI
Ahad
yang damai, Damia
dan Khairil menuju
ke rumah keluarga
Darwisy yang terletak di Damasara. Di
situ juga letaknya
rumah keluarga Damia.
Sewaktu mereka tiba,
perkarangan rumah keluarga
Darwisy agak sibuk.
Seperti ada
keraian, bisik hati
Damia. Damia menuju
pantas ke dalam
kawasan rumah tersebut
untuk mengetahui apa
yang sedang berlaku.
Namun apa yang
terhidang di depan
mata, menghancur lumat
perasaannya. Hati Damia
bagai disiat-siat melihat
apa yang sedang
berlangsung.
Damia nekad
menghapuskan bayang-bayang Darwisy
dalam kamus hidupnya.
Dengan hati yang
lara, Damia meninggalkan
bumi Malaysia bersama
perasaan dendam dan
benci yang membara.